KUALA TERENGGANU – Gara-gara perselisihan faham, seorang isteri cedera di tangan kerana dipercayai dipukul dengan meja kopi oleh suaminya dalam kejadian di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus tengah malam tadi.
Difahamkan, pertengkaran berlaku antara pasangan berkenaan kerana mendakwa isterinya yang sedang mengandung 12 minggu itu cemburu, sebelum lelaki itu naik angin lalu mencapai meja kopi di kediaman mereka dan memukulnya.
Menurut sumber, tidak tahan dengan tindakan suaminya, mangsa yang berusia 30-an itu kemudiannya menghubungi pihak berkuasa dan memaklumkan dia mengalami kecederaan akibat dipukul suaminya sendiri, kira-kira jam 12.07 tengah malam.
“Anggota polis dari Balai Polis Gong Badak yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah telah menerima panggilan tentang kes berkenaan, sebelum bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam.
“Suspek yang ketika itu berada di hadapan kediaman, kemudiannya ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab membenarkan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – Sinar Harian
KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir
The post Suami pukul isteri dengan meja kopi appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
1 Comments
This post is very interesting with worthful content. Your explanation style is very impressed to me, Thanks for your sharing and I like the more likable post. Keep going on...
ReplyDeleteUnix Training in Chennai
Unix shell scripting Training in Chennai
Excel Training in Chennai
Corporate Training in Chennai
Oracle Training in Chennai
Oracle DBA Training in Chennai
Pega Training in Chennai
Unix Training in Chennai
Unix shell scripting Training in Chennai