#Informasi: Jutawan, Cari Jodoh Anaknya Melalui Buah Durian.

Anda pandai pilih durian? Bapa ini mahu jodohkan anda dengan anaknya berserta segala harta!
Demi mencari jodoh untuk anaknya, seorang jutawan ladang durian dari Thailand telah menawarkan perkahwinan bersama anaknya dan menghadiahkan wang sejumlah RM 1.28 juta (Bath 10 juta) serta asetnya yang lain.

Anda pandai pilih durian? Bapa ini mahu jodohkan anda dengan anaknya berserta segala harta!

SETIAP ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak kesayangan mereka bahagia, berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa dari Thailand, Anont Rotthong, untuk mencari pasangan hidup untuk anaknya.

Portal berita Bangkok Post melaporkan, jutawan ladang durian dari Thailand itu menawarkan ganjaran perkahwinan bersama anaknya selain menghadiahkan wang sejumlah RM1.28 juta (10 juta Baht) serta asetnya yang lain.

Namun, bapa tersebut meletakkan syarat-syarat tertentu di mana calon menantu itu mesti tahu cara membeli dan memilih durian.


Beliau juga berkata, calon tersebut tidak perlu membayar apa-apa pun dalam mas kahwin malah dia sendiri yang akan menguruskan segalanya termasuk kenderaan, satu rumah, dua pasar durian dan dijodohkan lagi dengan anak perempuannya yang sudah memiliki kelulusan dengan kepujian dari Assumption University dan ijazah sarjana dari Universiti Sun Yat-Sen di China.

Tambah Rotthong, dia ingin melakukan pembaharuan dan dia sedang mencari waris untuk meneruskan perniagaannya kerana khuatir dengan usianya yang semakin lanjut.

”Namun lelaki itu mestilah seorang lelaki yang budiman dan bukan kaki judi. Tambahan, dia mesti mencintai anak saya sepenuh hatinya dan kuat bekerja”, kata beliau.

"Orang yang akan menjadi keluarga saya mestilah baik dan tidak boleh menjadi seorang kaki judi, yang penting dia bekerja keras dan tulus mencintai anak perempuan saya," ujarnya.

Anont yang memiliki dua ladang durian di Chumphone, termasuk ladang Uay Chai di Tambon Wang Takor dari daerah Lang Suan ini juga berkata bakal menantunya hanya perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tidak perlu berasal dari keluarga kaya atau berpendidikan tinggi.

Kata Anont, perjalanan perniagaannya dimulakan semasa dia tidak mempunyai apa-apa lagi sehinggalah dia bergelar jutawan.

Tambahan, dia juga mahukan anak muda di luar sana diberi peluang dan harapan untuk berjaya.

Menurut anaknya, Kansita Rotthong, 26, dia terkejut dan mengganggap bapanya bergurau tetapi sebenarnya tidak. Dengan itu, dia tidak melawan dengan keputusan bapanya dan mengharapkan yang terbaik untuk dirinya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat pula bagaaimana mencari jodoh dalam Islam..

Sebagaimana disampaikan dalam Al-Quran, Surat Asy-syuara ayat 11,

  • “(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.”
Bukan semata-mata hanya kerana perasaan cinta dan hawa nafsu semata. Jodoh dalam islam tidak terlepas dari fungsi manusia hidup di muka bumi ini. Muslim yang tidak memahami kedudukan jodoh dalam islam tentu juga akan salah mendudukan dan mencari jodoh yang terbaik dalam hidupnya.

Ertinya, wanita yang baik-baik akan mendapatkan lelaki yang baik. Begitupun sebaliknya. Untuk itu, walaupun Allah sudah Mengetahui dan Menguasai jodoh kita, tentunya semua itu bergantung dari siapa diri kita, sebaik apa kita, dan bagaimana kita dalam mengusahakan jodoh itu bertemu dengan kita. 

Berikut adalah jalan atau cara agar kita mendapatkan jodoh sesuai dengan islam.

1. Memilih Jodoh Atas Dasar Keimanan

Dalam sebuah hadist Rasulullah menyebutkan bahwa agama adalah hal utama dalam memilih jodoh atau pasangan. Untuk itu, sebagai muslim hendaknya kita melihat seseorang berdasarkan atas agamanya bukan atas harta, ketampanan atau kecantikan, keluarga terlebih dahulu. Agama adalah tiang dari keluarga, untuk itu, tiang ini tidak boleh dinomber duakan atau dikesampingkan.

Harta, ketampanan kecantikan, dan kedudukan sifatnya fana namun keimanan sifatnya membawakan kebahagiaan hingga akhirat. Tentu kita menginginkan jodoh yang dapat membawakan kita selamat kelak di akhirat.

2. Selalu Memperbaiki Diri

Agar dapat jodoh yang terbaik, maka kita harus selalu memperbaiki diri kita. Tidak mungkin seseorang yang baik mahu mendapatkan jodoh yang jauh kebaikannya dari dia. Seorang yang shaleh akan selalu mencari pasangan yang shalehah dan begitu sebaliknya. 

Sehingga, apapun yang terjadi jodoh kita akan selalu berawal dari diri kita. Jodoh yang baik tentu akan datang sesuai dengan kebaikan dan keshalihan diri kita.

3. Berkumpul dan Bergabung Bersama Orang-Orang Shaleh

Jodoh dari Allah tentunya harus di usahakan atau dilakukan ikhtiat agar ditemukan. Biasanya pertemuan jodoh kita tergantung dari dengan siapa kita berkumpul, siapa saja teman-teman dan sahabat kita. Semuanya bergantung kepada lingkungan mana kita berkumpul.

Untuk itu jika kita menginginkan jodoh yang shaleh dan taat kepada Allah maka kita pun harus bergabung dan berkumpul bersama orang-orang yang shaleh. Dari situlah kita bisa menemukan orang-orang yang tentunya memiliki keimanan dan kekuatan taqwa.

4. Berdoa dan Tawakal Kepada Allah

Selain berikhitar, tentu saja berdoa dan tawakal kepada Allah adalah hal yang harus dilakukan. Ikhtiar kita tentu akan menyombongkan diri kita jika kita tidak berdoa dan bertawakal kepada Allah. Tentu saja Allah tahu yang terbaik dan menguasai persoalan hidup kita. Sehingga, kita serahkan segala urusan hanya kepada Allah SWT.

Sekian.
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments