#Hiburan: (VIDEO) Adakah Ini Persamaan Filem Misteri Dilaila Dan Vanishing Act?

Filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan yang hangat kerana mempunyai jalan cerita yang sangat menarik dan tidak klise seperti filem tempatan yang lain.

Dikala mendapat pujian dan reaksi positif daripada penonton, filem tersebut dihimpit kontroversi apabila pengarahnya didakwa meniru filem Vanishing Act yang pernah ditayangkan sekitar tahun 1986. Ramai betul yang kecewa sehingga ada yang tidak berminat untuk menonton filem Misteri Dilaila lagi.

Seorang individu di Twitter mendedahkan kedua-dua buah filem itu hampir 80 peratus sama. Antaranya watak paderi ditukar kepada imam dan anjing pula ditukar kepada kucing.

Terbaru, sekali lagi menerusi laman Twitter, ada pula pihak yang membuat perbandingan kedua-dua filem tersebut.







Apa pula kata anda selepas melihat perbandingan ini? Sama ataupun tidak?

Sumber Berita : Filem Kita


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments