#Hiburan: Jangan ‘Tag’ Mereka Di Instagram, Kami Dah Lama ‘Survive’ Sendiri – Rita Rudaini

Berusaha sendiri untuk membesarkan anak-anaknya tanpa mengharapkan bantuan sesiapa, pelakon Rita Rudaini tidak gemar dengan sikap sesetengah individu yang ingin ‘tag’ nama orang lain di akaun Instagramnya.

Rita berkata demikian selepas ada individu yang ‘tag’ nama pelakon Rozita Che Wan, Ayu Raudhah dan juga Zaquan Adha. Isu ini timbul apabila anaknya Airit Qaqa Arjuna dimasukkan ke hospital kerana terkena jangkitan Influenza B. Bagi Rita, mereka tiada kaitan langsung dalam hidupnya.

Kenapa kena ‘tag’ nama mereka? Apa kaitan anak saya sakit dengan mereka? Lagi pun masing-masing ada keluarga sendiri. Selama ini, saya tidak pernah menyusahkan sesiapa. Saya sebolehnya buat sendiri dengan kudrat yang ada. Jika tak pun, saya minta tolong keluarga terdekat sendiri.

Alhamdulillah, kesusahan saya selama ini Allah gantikan dengan kegembiraan lain. Saya percaya, setiap orang dapat bahagian masing-masing.

Mungkin netizen masih belum boleh ‘move on’ dengan isu Aidil Zafuan yang belum mahu bertemu anak-anaknya, tetapi siapalah kita untuk terus memaksa orang lain melakukan sesuatu perkara? Biarlah masa dan takdir yang menentukannya,tidak perlu lagi kaitkan Rita dengan orang yang tiada lagi kena-mengena dalam hidupnya.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments