#Hiburan: Henti Sebarkan Fitnah!- Aliff Aziz Nafi Dakwaan Mesra Berpegangan Tangan Dengan Oktovia Manrose

Kemelut kecurangan Aliff Aziz terhadap isterinya, Bella Astillah masih belum berakhir lebih-lebih lagi selepas seorang wanita menerusi akaun Facebook baru-baru ini mendakwa beliau melihat Aliff dan Oktovia Manrose berdua-duaan serta mesra berpegangan tangan di sebuah pasaranya.

Menerima lagi pelbagai kecaman daripada netizen, Aliff menerusi satu kenyataan di Insta Stories menafikan sekerasnya dakwaan wanita terbabit dan memberitahu beliau sudah berada di Singapura sejak beberapa hari lalu.

Apa yang disebarkan itu adalah fitnah semata-mata dan Aliff berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak terus memfitnah dirinya tanpa sebarang bukti.

Kami dapati akaun Facebook wanita berkenaan sudah dipadam. Baguslah kalau Aliff tampil memberikan penjelasan agar tidak terus dihimpit pelbagai spekulasi yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments