Satu video TikTok berjaya mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita meluahkan rasa sedih kerana hasil solekan sempena hari perkahwinannya jauh daripada apa yang diharapkannya.
Pastinya setiap pengantin ingin kelihatan cantik dan ‘flawless’ di hari bahagia mereka apatah lagi jika mereka telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan itu.
Seperti wanita ini, dia telah melabur sebanyak 25 juta rupiah (kira-kira RM7,758) untuk mengupah jurusolek namun hasilnya cukup mengecewakan.
Dia turut memuat naik foto selepas solekan itu di TikTok dan ternyata ia turut mengundang kecaman warga maya.
Jangan ajar saya untuk bersabar. Saya pernah membayar Rp 25 juta untuk solekan perkahwinan dan inilah hasilnya. Tapi kenapa jadi macam ni?
Difahamkan, pengantin itu telah meminta solekan bertemakan ringkas dan ‘soft’ dan jurusolek itu juga memang dikenali sebagai seorang yang berpengalaman meskipun sudah berusia.
Katanya lagi, dia terpaksa menyembunyikan rasa sedih dan berpura-pura kekal tenang serta gembira di hadapan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya.
Saya dicadangkan menggunakan khidmatnya kerana dia banyak menyolek klien untuk majlis hebat. Daripada mahu nampak simple, sekarang jadi begini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Saya Minta ‘Simple Look'” – Bayar RM7,758 Untuk Solekan Majlis Sanding, Wanita Kecewa Hasil ‘Ke Laut’… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments