Umum mengetahui mengenai kumpulan pelawak Sepahtu yang tidak lagi menampilkan ahli asal iaitu Mamat dan Shuib ketika persembahan pentas melainkan Jep dan ahli-ahli baru kumpulan itu iaitu Ilya Buang, Rahim dan Ebby Yus.
Semenjak pengunduran Shuib terutamanya yang memilih untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan, Jep mengakui dirinya sering ditanya mengenai hubungan kumpulan Sepahtu dengan Shuib sama ada mereka akan kembali ‘reunion’ bersama-sama seperti awal penubuhan.
Suka aku dengan explanation Jep bila orang tanya pasal Shuib
1. Dia cakap semua ada kehidupan, keinginan & kecenderungan masing2
2. Dia dah pujuk tapi dia dah tiada daya
3. Dia tak pandai buat business mcm org lain, jadi dia teruskan je Sepahtu tanpa Shuib pic.twitter.com/NGjMbYkwPl
— Team Raya KL | ?? (@_NazriH) July 16, 2023
Menerusi satu video live TikTok, Jep memaklumkan bahawa semua orang termasuklah dirinya mempunyai kehidupan mereka sendiri, keinginan & kecenderungan masing-masing.
Jadi kalau sorang tak nak buat, takkan lah abang(Jep) nak berhenti, abang tak pandai meniaga, ni lah tempat abang cari makan. Jadi abang kena terus berjalan.
Dia juga berkata bahawa dia sudah cuba menyatukan kumpulan Sepahtu namun perlu menghormati kehendak & keputusan orang lain.
View this post on Instagram
Jadi kalau korang cakap, bang, kumpulkan Sepahtu, kumpulkan apa, abang tak ada daya, masing-masing dah ada rezeki, masing-masing ada bisnes sendiri, ada keinginan masing-masing. Jadi kita kena hormatlah orang lain.
Nak kata pujuk, ajak dah gais, tapi kita kena hormat keputusan orang lain, begitulah.
Jelasnya lagi, meskipun Sepahtu tidak lagi seperti awal dahulu, dia tetap perlu maju ke depan kerana mempunyai komitmen selain itu hanyalah satu-satu ‘periuk nasi’ dia dan keluarga untuk terus hidup.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Hormatlah Orang Lain” – Kerap Ditanya Tentang Shuib Sepahtu, Ini Respon Jep first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments