#Hiburan: “‘Penyondol’kah Aku?” – Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Jadi Punca Rakan Lelaki bercerai

Satu perkongsian daripada seorang wanita telah menuai perdebatan dalam kalangan netizen apabila individu itu meluahkan rasa bersalah kerana merasakan dirinya menjadi punca perceraian sahabat lelakinya.

Difahamkan, isteri kepada sahabatnya itu telah menuntut cerai setelah ‘kantoi’ foto selfie yang dihantar kepada si suami ketika hari raya yang lalu.

Advertisement

Wanita itu dan sahabat lelaki telah bekerja bersama selama tempoh 3 tahun dan berkomunikasi setiap hari kerana tuntutan kerja.

TwitterSumber : Twitter  

Dakwanya lagi, dia sudah cuba mencipta jurang antara mereka berdua kerana sahabatnya itu telah berkahwin.

Tahun ini masuk tahun ketiga saya bekerja bersama dia dan saya perasan dia berusaha untuk mendekati saya. Tapi saya layankan saja sebab tidak mahu ada rasa janggal antara kami berdua.

Saya ada kongsi gambar raya dan ‘kantoi’ dengan isteri dia. Sekarang mereka dalam proses bercerai.

Berikutan itu, wanita berkenaan berasa bersalah kerana merasakan dia telah menjadi punca keretakan rumah tangga sahabatnya itu.

Saya cuma anggap dia sebagai kawan rapat di tempat kerja sahaja. Adakah saya perosak rumah tangga?

Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, rata-rata netizen tampil memaki dan melemparkan nasihat ‘pedas’ buat wanita itu kerana tidak menjaga batas pergaulan dengan lelaki berstatus suami orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Acacia diana
3 hours ago

"Kebal Gila.." - Identiti Lelaki Psiko Ganggu Jurugambar Wanita Selama 8 Tahun Dikenal Pasti, Netizen Persoal Kenapa Dihantar Ke Neurologi

The post “‘Penyondol’kah Aku?” – Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Jadi Punca Rakan Lelaki bercerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments