Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang pengguna Twitter yang mendoakan kematian Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang.
Menerusi ciapan Twitter Anwar, dia mengarahkan individu itu untuk memohon maaf di atas kenyataan melampaunya itu di aplikasi yang sama.
Individu itu didapati telah menghina sikap Hadi Awang dan berdoa agar Allah S.W.T segera mengambil nyawa Hadi dan juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 1, 2023
Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera – Anwar
Terdahulu, anak lelaki kepada Presiden PAS itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan bahawa bapanya mengalami kemerosotan kesihatan dan sedang dipantau doktor di Hospital.
Khalil juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar kesihatan bapanya kembali pulih seperti biasa.
The post “Ambil Mahathir Sekali” – Doakan Kematian Haji Hadi & Tun M, PMX Gesa Individu Mohon Maaf Dengan Segera first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments