#Hiburan: DJ Wanita Terkejut Ada Lelaki Tak Dikenali Tinggal Dalam Rumah Tapi ‘Security’ Cakap – “Salah Dia, Siapa Suruh Cantik”

Video dimuat naik oleh seorang DJ wanita, Emely Poon di Facebook meraih perhatian ramai warganet selepas dia mendedahkan tentang ‘roommate’ yang tidak diketahuinya.

Menerusi rakaman itu, Emely didengari menjerit meminta bantuan selepas dia mendapat tahu bahawa seorang lelaki tinggal di dalam rumahnya selama ini.

Advertisement

Katanya, pada pagi 11 Julai lalu dia baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur dari Chiang Mai, Thailand dan jadual kerjanya sedikit berbeza daripada kebiasaan.

Apabila tiba dia rumah studionya jam 9.30 pagi, Emely mendapati televisyennya terpasang dengan satu rancangan yang tidak diketahuinya.

Tiba-tiba, seorang lelaki memakai t shirt berwarna merah dan seluar pendek keluar dari dapurnya dan dia kemudian mendapat tahu rumahnya itu pernah diceroboh sebanyak empat kali.

 

Tambahnya, penceroboh tersebut juga tahu tentang selok belok struktur bangunan berkenaan dan menggunakan tangga bomba untuk melarikan diri.

Lelaki tersebut juga mengaku memanjant tangga untuk masuk ke rumahnya melalui balkoni tanpa dapat tertangkap menerusi mana-mana kamera litar tertutup (CCTV).

Bukan itu sahaja, pihak keselamatan memaklumkan lelaki tersebut sering dilihat mundar mandir berdekatan balkoni pada lewat malam.

bogel balkoni

Malah, dia juga pernah dilihat berbogel di rooftop rumah Emely dan difahamkan penduduk lain kemudian membuat laporan tentang hal itu.

Ketika disoal siasat oleh polis, lelaki tersebut berkata dia berbuat begitu untuk mendapatkan vitamin D tetapi apa yang lebih mengecewakan Emely adalah, individu yang bertanggungjawab mewakili pejabat pengurusan hartanah tersebut menyalahkannya dan berkata,

Salah perempuan ini, siapa suruh cantik. Dia lah salah bila benda buruk (begini) berlaku.”

Dj Emely

Jiran Emely juga dikatakan pernah ternampak lelaki tersebut beberapa kali di dalam rumahnya malah turut melihat dengan mata mereka sendiri penceroboh itu keluar dari rumahnya kira-kira jam 6 petang.

Emely turut menunjukkan bukti bahawa dia telah membuat laporan polis disebabkan ramai netizen persoal dan tertanya-tanya jika apa yang dikongsinya adalah prank semata-mata.

The post DJ Wanita Terkejut Ada Lelaki Tak Dikenali Tinggal Dalam Rumah Tapi ‘Security’ Cakap – “Salah Dia, Siapa Suruh Cantik” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments