#Hiburan: “Haiwan Ni Dianiaya, Boleh Fikir Guna Otak!” – ‘Influencer’ Teruk Dihentam Lepas ‘Post’ Foto Susukan Harimau

Seorang pempegaruh popular baru-baru ini ada memuat naik foto di Instagram memaparkan dirinya serta suami memberi susu kepada seekor harimau dan anak singa.

Difahamkan, aktiviti tersebut dilakukan sebagai hadiah hari jadi daripada suami buat influencer tersebut.

Advertisement

influencer susukan harimau

 

Biarpun kelihatan amat bahagia memberi susu kepada harimau serta anak singa itu, hantaran tersebut telah mendatangkan rasa kurang daripada kalangan netizen.

Kebanyakkan netizen merasakan influencer itu kurang pengetahuan soal penderaan haiwan kerana dia didakwa begitu gembira melakukan aktiviti tanpa rasa serba salah.

influencer susukan harimau

 

Dalam pada itu, ada beberapa netizen memberitahu bahawa haiwan-haiwan tersebut telah dianiaya dengan kejam, lagi-lagi jika berada di Thailand.

komen netizen

Walaupun di ruangan komen hantaran tersebut sudah dipenuhi dengan komen-komen tidak puas hati daripada netizen, pempegaruh terbabit masih belum mengambil tindakan memadam gambar tersebut dari laman Instagramnya.

8 months ago

'Influencer' Makan Banyak Pil 'Supplement', Netizen Persoal - "Tak Bahaya Ke Buah Pinggang?"

The post “Haiwan Ni Dianiaya, Boleh Fikir Guna Otak!” – ‘Influencer’ Teruk Dihentam Lepas ‘Post’ Foto Susukan Harimau first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments