#Hiburan: “Tetaplah Kita Jaga Kita” – Wanita Dihempap Lelaki Tak Waras, Netizen Persoal Keberadaan Polis Bantuan Di Stesen LRT

Tular satu video di laman platform Twitter memaparkan satu kejadian ‘ngeri’ berlaku di LRT Maluri yang sememangnya sangat membimbangkan.

Dapat dilihat dalam video tersebut, seorang lelaki didakwa tidak waras menerkam seorang wanita yang sedang menunggu ketibaan LRT biarpun dihadapan khalayak ramai.

Advertisement

Sedar wanita tersebut ‘disentuh’ tanpa rela, beberapa lelaki yang berada di kawasan tersebut memukul si pelaku agar melepaskan wanita tersebut.

Susulan video tersebut telah tular, kebanyakkan netizen mempersoalkan keberadaan polis bantuan yang sama sekali tidak kelihatan di LRT tersebut.

Malah, ramai juga meluahkan rasa kecewa kerana tiada guna pihak mereka membuat pengumuman mengenai gangguan seksual di stesen LRT tetapi lambat mengambil tindakan.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang berani membantu wanita tersebut daripada lelaki tidak waras itu.

Bukan saja cuba untuk membuat hal tidak senonoh terhadap wanita itu, bahkan dalam video itu dilihat juga lelaki berkenaan turun dan duduk di tengah-tengah landasan LRT.

starbucks
10 hours ago

"Bingit, Kecoh Nak Mamp*s" - Mengadu Manik Tumbler Starbucks Blackpink Tercabut, Wanita Dikecam Warganet

The post “Tetaplah Kita Jaga Kita” – Wanita Dihempap Lelaki Tak Waras, Netizen Persoal Keberadaan Polis Bantuan Di Stesen LRT first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments