#Hiburan: “Kau Yang Ketinggalan Zaman..” – Dilabel ‘Caprice Wannabe’, Azhar Sulaiman Beri Respon Kritikan Netizen

Gara-gara dilabel sebagai ‘Caprice Wannabe’ oleh sesetengah netizen, pelakon versatil Azhar Sulaiman tampil memberikan reaksi di atas kritikan tersebut.

Jelas Azhar, dia merupakan individu terawal yang lantang bersuara mengenai isu semasa sejak zaman Datuk Seri Najib memerintah lagi.

Advertisement
Azhar SulaimanSumber : Instagram  

Sebelum Caprice, it was ‘Mami’ (panggilannya) yang selalu komen tentang hal politik dan hal ehwal semasa di Facebook sejak zaman Datuk Seri Najib lagi.

Menganggap orang yang melabelnya dengan panggilan seperti itu sebagai ketinggalan zaman, Azhar meminta agar peminatnya memberi penerangan kepada mereka yang masih ‘baru’ bahawa dia adalah penentu trend dan bukannya pengikut.

Kau yang ketinggalan zaman ada hati nak kata Azhar Sulaiman ‘Caprice Wannabe’.

Kepada my fans, tolonglah pergi enlighten sikit dekat newbie ni semua, aku trend setter bukan follower geng.

Malah, bapa kepada pensohor media sosial Kasih Iris Leona ini juga mendedahkan bahawa Caprice sendiri yang menghubunginya untuk meminta pendapat mengenai kes melibatkan seorang pendakwah terkenal.

@theazharsulaiman

Leona…..im coming……

? money trees – ?

Berikutan itu, Azhar berseloroh mengatakan bahawa dia ingin menjadi seperti Diva Azwan Haji Ali dan ‘melahar’ sahaja selepas ini.

Behar cakap benda baik dan positif pun orang tak suka. Baik Behar jadi macam Diva AA jer lepas ni. Lahar je kat semua isu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan rakan artis bersetuju dengan luahan Azhar dan turut memberikan sokongan kepada pelakon itu untuk terus mengulas isu-isu semasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azhar sulaiman
22 hours ago

"Caprice Wannabe.." - Ulas Kes Amang Seksual PU Azman Pula, Azhar Sulaiman Dikritik Nak Jadi Pengulas Isu Semasa?

The post “Kau Yang Ketinggalan Zaman..” – Dilabel ‘Caprice Wannabe’, Azhar Sulaiman Beri Respon Kritikan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments