Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai seorang wanita yang berkongsi petua menyiram tanaman dengan menggunakan darah haid.
Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Jessica Mckasson itu memaklumkan tindakannya itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada alam semula jadi.
Bukan itu sahaja, Jessica berkata perkara itu secara tidak langsung telah merapatkan hubungannya dengan alam semula jadi.
Saya tahu tanaman saya pasti gembira.
Malah, Jessica turut mendakwa darah haid terdapat banyak nutrien dan mineral seperti nitrogen dan kalium yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
Tambahnya lagi, dia percaya darah haid juga mempunyai kekuatan untuk membantu memperbaiki tanah.
10/10 would recommend!
Bagaimanapun, petua yang dikongsikan oleh Jessica telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa jijik dengan tindakannya dan mengatakan petua itu sebagai perbuatan yang tidak masuk akal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Banyak Nutrien & Mineral..” – ‘Influencer’ Kongsi Petua Siram Pokok Guna Darah Haid first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments