Sebelum ini, nama Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar menjadi perhatian susulan tular berita mendakwa dirinya sudah berpisah dengan isteri selepas memuat naik status sedih.
Sedar mengenai dakwaan tersebut, isteri kepada Abang Viva iaitu Eva Noza Zakaria tampil menafikan hal mengenai rumah tangganya sudah berakhir.
Kata Eva, dia enggan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak tidak bertanggungjawab kerana menganggap ia hanya perkara kecil.
Eva tak tahu kenapa hari ini orang masih tanya benda sama. Eva rasa mungkin salah faham.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut berharap agar pihak yang membuat andaian itu menurunkan ‘posting’ bahawa dirinya serta suami sudah berpisah kerana enggan berlaku salah faham.
Sekadar info, Abang Viva dan isteri, Eva mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu dan masih belum ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.
The post “Eva Tak Tahu Kenapa Sampai Hari Ni Orang..” – Khabar Angin Dah Berpisah Tular, Isteri Abang Viva Tampil Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments