Beberapa hari yang lalu, timbul dakwaan mengatakana penyanyi Cat Farish berhutang dengan bekas isteri, Suriani Hassan sebanyak RM10,000 selepas wanita terbabit membuat pendedahan di media sosial.
Melalui status yang dibuat, Suriani berharap bekas suaminya terbuka hati untuk melangsaikan hutangnya dan berharap agar penyanyi itu tidak meminjam wang daripada bakal isteri, Shikin Maembong.
Terbaru, melalui temubual bersama Melodi, Cat Farish atau nama sebenarnya, Farish Ramli menafikan hal terbabit dan dakwaan hutang sebanyak RM10,000 itu sememangnya tidak benar.
Kata penyanyi itu, kali terakhir dia berkomunikasi bersama bekas isteri adalah mengenai motor yang dipinjam dan sudah pun dipulang kepada tuan empunya badan.
Dalam pada masa yang sama, Cat berkata dia sama sekali tidak terasa dengan statement yang dikeluarkan dan terkejut apabila nama dikaitkan.
Selidik dulu baru bercakap. Bila bercakap tak guna akal, ia akan mempengaruhi jiwa untuk memberontak buat tindakan bodoh.
Sempat juga penyanyi terbabit meninggalkan nasihat buat bekas isteri untuk berfikir dahulu sebelum bercakap kerana semua hal buat dibawa bincang.
The post “Bila Cakap Tak Guna Akal, Tindakan Bodoh Pun Berlaku” – Cat Farish Nafi Hutang Bekas Isteri RM10K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments