#Hiburan: Baby Shima Nak Saman, PU Syed Tak Terkesan Langsung! – “Ujian Saya Cegah Kemungkaran”

Pendakwah selebriti, PU Syed berkata dia tidak terkesan dengan tindakan penyanyi Baby Shima yang ingin menyaman atas dakwaan kenyataan berunsur fitnah yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Kata PU Syed, dia tetap dengan pendirian dalam perjuangan menegakkan kebenaran selain tanggungjawab menegur sesuatu yang salah di sisi agama Islam.

Advertisement

Insya-Allah, hak beliau untuk menyaman. Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Tambah pendakwah itu, lagi, dia menganggap isu itu sebagai salah satu ujian dalam perjalanannya mencegah kemungkaran.

Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat.

Terdahulu, Baby Shima memaklumkan bahawa dia telah memfailkan saman terhadap dua individu iaitu PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor.

Sebelum ini, Abd Rahman mendakwa penyanyi itu ‘menjual agama’ kerana hanya memakai tudung ketika menyertai program tertentu.

Manakala PU Syed pula mendakwa Baby Shima tidak cakna dan tidak mengetahui soal hukum halal haram dalam penganjuran sesuatu konsert.

shima syed
14 hours ago

Dituduh 'Jual Agama' & Tak Tahu Halal Haram, Baby Shima Saman PU Syed Dan Ketua Pemuda PAS

The post Baby Shima Nak Saman, PU Syed Tak Terkesan Langsung! – “Ujian Saya Cegah Kemungkaran” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments