#Hiburan: TikToker Terkenal Ditangkap, Didakwa Buat Video ‘Mengejek’ Gaya Orang Kaya Arab – “Lempar Duit Dalam Showroom”

Gara-gara membuat content yang didakwa kurang ajar dan menghina, seorang TikToker warganegara Asia telah ditahan oleh pihak berkuasa di Dubai.

Difahamkan, lelaki itu ditangkap kerana menerbit dan memuat naik sebuah video yang mempamerkan dirinya seperti seorang warga Arab yang berlagak dengan berbelanja di showroom kenderaan mewah.

Advertisement

Menerusi video tersebut, dia yang memakai jubah putih bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat Arab dan dilihat melemparkan timbunan wang kepada pekerja premis tersebut

Dia kemudian memberitahu hajatnya untuk membeli kereta paling mahal di showroom terbabit iaitu Ferrari SF90 yang bernilai $600,000 (RM2.7 juta).

Pihak pendakwa dan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) menganggap perbuatannya iti mempersendakan gaya hidup mewah penduduk di sana.

Negara itu dikatakan lebih berlembut dan berhemah dalam membikin content di media sosial dan mempunyai undang-undang yang melarang sebarang ucapan termasuklah kewartawanan yang mempunyai unsur sindiran.

TikToker itu, Hamdan Al Rind yang dikenali dengan panggilan ‘Pakar Kereta’ mempunyai 2.5 juta pengikut di platform media sosial tersebut.

hamdan tiktoker

The post TikToker Terkenal Ditangkap, Didakwa Buat Video ‘Mengejek’ Gaya Orang Kaya Arab – “Lempar Duit Dalam Showroom” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments