#Hiburan: Sering Buat Konten ‘Sweet’ Bersama, TikToker ‘Speechless’ Dicerai Talak Tiga – “Awak Terlalu Baik Untuk Saya”

Seorang TikToker yang dikenali dari negara seberang baru-baru ini berkongsi tentang kisah rumah tangganya yang memilukan dan ia meraih perhatian ramai warganet.

Difahamkan, Suryani Wahyu Lestari dan suaminya, Habibi memang sering memuat naik video sweet dan content suami isteri di TikTok.

Advertisement

Namun, video yang dimuat naik baru-baru ini mengejutkan ramai apabila dia membuat pendedahan bahawa telah diceraikan oleh suami dengan talak tiga.

Berkahwin pada 24 Januari 2021 sebelum gagal pada 2023. Pada awal perkahwinan, kami baik-baik sahaja dan dikenali sebagai pasangan romantis.

tiktoker cerai

Jelasnya, telah berlaku sesuatu dalam yang membuatkan dia kecewa namun Suryani masih memaafkan suami demi mempertahankan rumah tangga.

Dakwanya, Habibi telah menghilangkan diri selepas keluar dari rumah dengan alasan mahu menguruskan tanah milik pelanggan.

Meskipun telah berusaha keras untuk menjejaki suaminya selama berbulan-bulan namun dia tidak berjaya tetapi apa yang pelik, lelaki itu tetap aktif di media sosial.

Usahanya menghubungi suami dengan menghantar video pesanan sia-sia apabila lelaki itu langsung tidak memberikan respon.

suryani tiktoker

Suatu hari, dia dikejutkan dengan surat penceraian yang dihantar oleh lelaki itu yang mendakwa tidak mahu lagi bersama kerana Suryani terlalu baik untuknya.

Kini, mereka telah sah bercerai daripada sisi agama tetapi Suryani berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman Habibi kerana bertindak begitu.

4 days ago

BFF Lelaki Jadi Saksi Waktu Akad Nikah, Kantoi Ada Hubungan Songsang Dengan Suami 'Influencer' - "Banyak Kali 'Check In'"

The post Sering Buat Konten ‘Sweet’ Bersama, TikToker ‘Speechless’ Dicerai Talak Tiga – “Awak Terlalu Baik Untuk Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments