Sebelum ini, pelakon, Puteri Sarah Liyana membuat keputusan untuk menyelesaikan kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar secara damai di luar Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak mendapat respon baik daripada orang ramai yang berang kerana mahukan hukuman sepatutnya dikenakan terhadap Ira dan ahli keluarganya.
Tampil memberi penjelasan, Sarah memaklumkan bahawa dia membuat keputusan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu berkata tindakannya menarik semula saman terhadap Ira bukan bererti dia kalah.
Malah, Sarah lebih memilih untuk menjaga kesihatan mentalnya dan mencari kebebasan dengan cara melepaskan perkara-perkara yang menyakitinya.
Menurut bekas isteri kepada Syamsul Yusof itu, kebahagiaannya bersama kedua anaknya, Syaikhul Islam dan Summayah adalah perkara yang paling penting dan berharga baginya buat masa ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Ramai Tak Puas Hati Kes Saman Ira Kazar Ditarik Balik, Ini Jawapan Puteri Sarah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments