Satu perkongsian media sosial Facebook oleh seorang individu baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya wanita yang bergelar kaum ibu.
Menerusi ‘posting’ tersebut, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah dibuang oleh ibu sendiri kerana enggan lagi menjaganya setelah si ibu berkahwin baru.
Si ibu dilaporkan telah membuang anaknya sendiri kerana si suami menganggap kanak-kanak itu sebagai bermasalah.
Tolong lah jadi emak jangan ‘kebulur’ jantan sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah.
Difahamkan ini perkahwinan kali ketiga wanita itu dan kanak-kanak itu dikatakan enggan duduk serumah dengan bapa tiri selain sanggup menunggu si emak balik kerja sehingga lewat malam.
Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapak tiri tanpa kehadiran emak.
Ini bapak tiri ke dua, sebelum ini bapa tiri yang lain okey je dia tak buat masalah. Tolong lah jadi orang tua pertahankan anak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa amarah terhadap si ibu yang tidak bertanggungjawab sehingga tergamak membuang anak sendiri.
Kanak-kanak itu kemudian di bawa ke rumah perlindungan dan lebih menyayat hati si ibu dengan rela hati telah setuju untuk menyerahkan anaknya itu kepada pusat perlindungan kanak-kanak tersebut untuk dijaga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Jangan Jadi ‘Kebulur’ Jantan” – Anak 11 Tahun Dibuang Ibu Sendiri Gara-Gara Bapa Tiri Anggap ‘Masalah’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments