Seorang wanita bergelar ibu dilaporkan telah diberkas pihak polis setelah bayi perempuannya yang baru berusia 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid di mana dia memaklumkan mengenai penahanan wanita itu setelah pihak mereka mendapat laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping, semalam.
Polis tahan wanita selepas bayi perempuannya usia setahun 10 bulan positif dadah amphetamine dan methamphetamine di Taiping, Perak.
Ujian dapati ibu/wanita usia 22 itu juga didapati positif dadah.
Bayi berkenaan kini stabil.
Punca bayi itu positif dadah disiasat-KPD Taiping
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 12, 2023
Bayi berkenaan dikatakan dihantar ke rumah neneknya oleh ibu mangsa berusia 22 tahun kerana ingin membeli barang.
Ketika mahu tidur, bayi itu tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal menyebabkan ibu mangsa membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan wanita itu telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan mendapati dia positif dadah jenis berkenaan.
Bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital – Harian Metro
Selain itu, kami kongsikan berita trending di pautan di bawah.
The post Bayi 10 Bulan Positif Dadah Jenis Syabu, Ibu Muda Diberkas – “Tiba-Tiba Tingkah Laku Tidak Terkawal” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments