Penyanyi, Ella telah memuat naik beberapa hantaran video di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.
Bagaimanapun, kandungan video yang dimuat naik itu telah mengundang tanda tanya dan rasa musykil orang ramai.
Hal ini kerana, video tersebut memaparkan aksi tidak senonoh dan langsung tiada kaitan dengan perkembangan ratu rock Malaysia itu.
Terkini, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Aminuddin memaklumkan akaun Facebook miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Akaun Ella telah digodam.. sedih saya tau.
Bukan itu sahaja, pihak pengurusan penyanyi berusia 56 tahun itu telah membuat laporan kepada PDRM dan menyerahkan maklumat kepada SKMM untuk tindakan selanjutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Macam Pelik Je..” – ‘Post’ Video Bukan-Bukan, Ramai Syak Facebook Ella Kena ‘Hack’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments