Baru-baru ini, francais kedai kopi terkenal, Starbuck telah melancarkan cendera mata eksklusif hasil kolaborasi bersama kumpulan muzik terkenal Korea, Blackpink.
Sudah menepati jangkaan, cendera mata berupa bekas minuman itu telah menerima permintaan tinggi terutamanya daripada peminat kumpulan Blackpink.
Namun, kemunculan ‘scalper’ atau pembeli yang membeli barang kemudian menjualnya dengan harga tinggi sememangnya menjadi masalah dan semakin membarah sehingga ke hari ini.
Malah, cenderamata yang dijual dengan harga bermula RM108 itu dijual semula oleh golongan ‘scalper’ ini sehingga mencecah ribuan ringgit.
Menerusi satu hantaran di Twitter, seorang pengguna memuat naik harga jualan ‘scalper’ yang mencapai nilai RM1,499 bagi satu bekas minuman.
Ia kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ramai netizen merasakan duit sebanyak itu adalah lebih baik dilaburkan dalam sesuatu yang lebih bermanfaat ataupun membeli aset seperti emas.
Jangan bazirkan diri korang please. Benda ni sampai RM899. Lagi bagus RM899 tu korang simpan buat modal berniaga. Beli meja beli kerusi beli khemah sewa tapak, untung 2 kali RM899 tu.
Namun begitu, ada juga yang mengkritik bahawa ia adalah minat masing-masing dan tak perlu dipertikaikan asal tidak mengganggu akaun bank orang lain.
Sekadar info, selain bekas minuman, Starbucks x Blackpink turut mengeluarkan cendera mata seperti beg, tikar yoga, tempat simpan passport dan keychain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Lepastu Bising Kos Sara Hidup Tinggi” – ‘Scalper’ Jual Bekas Air Blackpink + Starbuck Cecah RM1.5K, Ada Yang Sanggup Beli! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments