#Hiburan: “Esok-Esok Buka Tudung La Tu” – ‘Posing’ Di Tab Mandi, Inara Rusli Dikecam Semakin Berani Buka Aurat Oleh Indonet

Pensohor media sosial yang juga bekas isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli baru-baru ini mencuri tumpuan warga maya terutamanya netizen Indonesia apabila dia dilihat memuat naik foto di tab mandi.

Perkongsian terbaharu Inara itu ternyata telah menuai pelbagai respon dan kritikan daripada netizen Indonesia yang rata-rata mendakwa wanita itu semakin berani memperlihatkan aurat kepada umum.

Advertisement

Malah, kelihatan sedikit bahagian kaki Inara yang terdedah dan membuatkan ramai orang tampil mengecamnya di ruangan komen.

Posing ini sangat tidak sesuai dan sepertinya sedang memancing perhatian. Aurat pun terlihat sedikit demi sedikit.

Kata netizen, posing seperti itu tidak sesuai dibawa oleh seorang wanita yang bergelar muslimah apatah lagi Inara pernah berpurdah sebelum ini.

Malah ada yang merasakan Inara akan membuka hijab sepenuhnya tidak lama sahaja lagi.

Mengimbas kembali, nama Inara mula mendapat perhatian setelah bekas suaminya yang juga penyanyi lagu popular ‘Surat Cinta Untuk Starla’ itu berlaku curang.

Setelah bercerai, wanita itu yang pada mulanya berpurdah mengambil keputusan untuk tidak lagi memakainya kerana ingin mencari rezeki sebagai ‘influencer’ di media sosial bagi menyara kehidupan bersama tiga orang anaknya.

watie shuib
21 hours ago

"Kau Bukan Nak Anak Cepat Ke?" - Disoal Tentang Anak Sendiri, Respon Watie Raih Perhatian Netizen

The post “Esok-Esok Buka Tudung La Tu” – ‘Posing’ Di Tab Mandi, Inara Rusli Dikecam Semakin Berani Buka Aurat Oleh Indonet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments