Dalam satu serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap sebuah pusat hiburan yang beroperasi lebih masa di Langkawi, seorang anak menteri dilaporkan antara yang diperiksa.
Menurut sumber, serbuan tersebut berlaku pada minggu lalu dan anak menteri itu bagaimanapun tidak ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.
Difahamkan, lelaki berusia 35 tahun itu baru tiba dari Pulau Pinang dan telah berkunjung ke pusat hiburan terbabit.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, serbuan dilakukan pada jam 2 pagi, 29 Jun lalu.
Di dalam pemeriksaan itu dua orang lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah namun mereka tiada kaitan dengan mana-mana ahli politik.”
Tambahnya, individu yang disaring air kencing dan keputusannya negatif tidak ditahan di lokap.
Terdahulu, media sosial Edisi Siasat mendakwa bahawa anak ahli politik kanan itu telah ditahan namun polis telah pun menyangkal dakwaan terbabit.
Ketika serbuan, dia bersama tiga individu lain berada di bilik orang kenamaan (VIP), tempat pihak polis menjumpai ganja dan kokain namun saringan air kencing membuktikan anak ahli politik kanan tersebut negatif dadah.
Anak menteri mana satu agaknya…..
The post Ada Dalam Bilik Dadah Dijumpai, Anak Menteri Diperiksa Kunjungi Pusat Hiburan Beroperasi Lebih Masa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments