#Hiburan: Atuk 77 Tahun Berkerusi Roda & Anak Lelaki Didakwa Bergilir Rogol Remaja Bawah Umur Dalam Kereta –

Seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya didakwa merogol seorang remaja 15 tahun di dalam sebuah kereta di Kluang, Johor, enam tahun lalu.

Mohd Hashim Saidin, 77, yang berkerusi roda dan anaknya berusia 21 tahun hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan yang sama.

Advertisement

Berdasarkan kertas pertuduhan anaknya (berusia 16 tahun ketika kejadian) yang bekerja sebagai penghantar barang telah merogol remaja perempuan tersebut terlebih dahulu di Jalan Kinabalu, Kluang pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017.

Selepas itu, giliran Mohd Hashim pula melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa yang sama di dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan lapang dekat Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada jam 6 petang, hari yang sama.

pakcik

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan terus dibawa ke lokap selepas masing-masing gagal membayar ikat jamin sebanyak RM12,000 dan RM15,000.

Dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali.

Mahkamah menetapkan 9 Ogos akan datang sebagai hari sebutan kes dan serahan dokumen.

Rogol
2 days ago

“Sebagai Ayah, Kamu Sepatutnya Jadi Wira Keluarga” - Hakim Menangis Baca Fakta Kes Bapa Rogol Anak

The post Atuk 77 Tahun Berkerusi Roda & Anak Lelaki Didakwa Bergilir Rogol Remaja Bawah Umur Dalam Kereta – first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments