Sebelum ini, berita mengenai seorang wanita berasal dari negara Indonesia ditikam oleh kekasih sebanyak 16 kali tular di serata platform.
Terkini, wanita tersebut membuat pengumuman mengejut bahawa dirinya bakal bernikah dengan lelaki tersebut.
Gadis yang bernama Eka Wahyu Lestari, 23, berkata dia sudah pun berdamai dengan kekasih hati, Fika Andrean Banjarnahor selepas insiden ditikam.
Saya juga dalam proses menarik balik laporan polis supaya dia dibebaskan kerana kami merancang bernikah.
Dalam pada masa yang sama, Eka turut menegaskan bahawa kekasih tidak mempunyai sebarang niat membunuh meskipun sudah menjadi mangsa 16 kali tikaman.
Tambahannya lagi, normal untuk pasangan kekasih bergaduh dan bertengkar tetapi mungkin ketika itu keadaan tidak terkawal hingga ada yang tercedera.
Sekadar info, Eka sebelum ini dilaporkan kena tikam sebanyak 16 kali di sekitar perut dan tangan oleh kekasih ketika bergaduh di dalam kereta.
The post “Dia Tiada Niat Membunuh” – 16 Kali Ditikam Kekasih, Gadis Tetap Maafkan Dan Rancang Berkahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments