#Hiburan: Siap Ada Produk Sendiri, Siapa Sebenarnya Pengasas Ajaran Sesat SI HULK? -“Baginda Tiada Kemaluan”

Tular di media sosial sejak beberapa hari ini mengenai beberapa video yang memaparkan individu mengaku diri mereka sebagai pengikut sebuah ajaran baru yang dikenali sebagai Si Hulk.

Seperti satu video TikTok ini, sebuah keluarga telah mengaku secara terbuka bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai tuhan dan diri mereka adalah Muhammad.

Advertisement
Si HulkSumber : BH Online  
Si hulkSumber : Facebook  

Difahamkan, ajaran sesat yang diasaskan oleh Suhaini Bin Mohamad atau ‘Si Hulk’ itu memilih tarikh 1 Muharram sebagai tarikh ‘memperbaharui ikrar’ ajaran mereka.

Sekitar bulan Jun lalu, media tempatan melaporkan bahawa pengasas ajaran sesat itu telah melarikan diri ke New Zealand bersama-sama beberapa ahli kumpulan yang lain. Malah, ajaran tersebut telah pun ‘merebak’ ke beberapa negeri seperti Melaka dan Johor selain menyasarkan golongan pelajar sebagai ‘target’ utama.

Si Hulk bermula dengan perniagaan air minuman kesihatan

Si Hulk yang merupakan singkatan kepada ‘Society of Islamic Holisticism Universal Linkage Knowledge’ itu pada mulanya beroperasi sebagai perniagaan menjual air minuman yang dicampur madu oleh pengasasnya.

Ia kemudian menjadi barah apabila air berkenaan dikatakan mampu merawat sihir dan COVID sehinggakan wujud fahaman Si Hulk adalah satu ajaran yang jelas mensyirikkan Allah.

Antara pegangan pengikut Si Hulk adalah

1.Allah itu adalah nabi Muhammad, Muhammad itu Allah.

2.Nabi Muhammad tidak mempunyai kemaluan.

3. Nabi tidak mempunyai jantina.

4. Segala perbuatan nabi adalah lakonan semata-mata.

Ajaran sesat Si Hulk ini sebenarnya telah difatwakan sesak sejak tahun 2021 lagi dan pengasasnya pernah bertaubat namun melakukannya lagi. Ia kemudian diharamkan secara total pada tahun 2023.

Suhaini yang kini berada di luar negara hanya memerhatikan pengikutnya di Malaysia yang berbondong-bondong membuat pengakuan tauhid sesat sebagai tanda sokongan kepada Si Hulk pada 1 Muharram yang lalu.

Satu keluarga ajaran sesat
13 hours ago

“Setuju Nabi Muhammad Pegang Jawatan Allah” - Satu Keluarga Pengikut Ajaran Sesat, Berani Mengaku Di Medsos

The post Siap Ada Produk Sendiri, Siapa Sebenarnya Pengasas Ajaran Sesat SI HULK? -“Baginda Tiada Kemaluan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments