#Hiburan: Berebut Hak Penjagaan Anak Noh Salleh Hidupnya Sukar Setelah Bercerai Dengan Mizz Nina

Penyanyi Noh Salleh mendedahkan dia menjalani kehidupan yang sukar setelah bercerai dengan bekas isteri, Mizz Nina kira-kira enam bulan yang lalu.

Maklum Noh, dia juga terpaksa berebut hak penjagaan anak angkat mereka, Musa dengan bekas isteri setelah perceraian itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pophariini (@pophariini)

Penyanyi lagu Bila Aku Sudah Tiada itu berkata demikian ketika menjawab soalan tentang lagu-lagu Indonesia yang menjadi pilihannya di laman Instagram portal dari Indonesia.

Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.

Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup.

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina mengumumkan bahawa mereka sudah tidak lagi bersama sekitar bulan Ogos tahun lalu.

Mizz Nina juga sudah pun mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, seorang rapper Amerika Syarikat berketurunan Maghribi.

Noh kini sudah pun bertunang dengan wanita pilihannya yang merupakan seorang peguam.

Shuib Jep
5 days ago

"Bagus Tak Ada Pusing Cerita" - Jep Sepahtu Jawab Spekulasi Dia Tidak Hadir Ke Majlis Kahwin Shuib Dan Watie

The post Berebut Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Hidupnya Sukar Setelah Bercerai Dengan Mizz Nina first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments