Semalam, usahawan dan personaliti media sosial Neelofa mengumumkan bahawa dia sudah pun selamat melahirkan anak kedua mereka pada 11 Julai lalu.
Berita itu ternyata telah membuatkan peminat tidak sabar untuk melihat wajah adik kepada Muhammad Bilal ini.
Maklum Neelofa, dia dan suami, Haris Ismail akan mendedahkan nama anak kedua mereka selepas tujuh hari dilahirkan.
P/S: Nama hari ke-7 kita umum Insya-Allah.
Manakala Haris memberitahu bahawa nama si kecil itu mempunyai makna yang baik dan merujuk pada hadis Rasulullah S.A.W.
Buat masa sekarang nama anak sudah ada, insya-Allah, saya dan isteri akan kongsi selepas genap tujuh hari. Nama untuk anak kedua ini juga memberikan maksud yang baik.
Dia juga memohon doa orang ramai agar mereka berdua mampu menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki pada 29 Januari lalu.
The post Netizen Diminta Bersabar, Neelofa & Haris Umum Nama Anak Kedua 7 Hari Lagi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments