#Hiburan: Komplikasi Pelbagai Penyakit, Mat London Meninggal Dunia Pagi Tadi

Memetik Berita Harian Online, pelakon dan pengarah Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 5.57 pagi tadi.

Perkara tersebut turut disahkan oleh anak arwah, Salmany Akir Ahmad menerusi satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Advertisement

Sesudah laungan azan subuh, papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat.

Difahamkan, allahyarham meninggal dunia setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kritikal menderita pelbagai komplikasi penyakit.

Terdahulu, Salmany ada memaklumkan bapanya itu kini sedang tenat dan nazak.

Jenazah Mat London yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu akan dibawa ke Masjid Taman Melawati dan dikebumikan selepas solat jumaat hari ini.

Arwah mula dirawat di ICU HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan terpaksa ditidurkan kerana keadaan jantung yang sangat lemah.

Takziah diucapkan buat keluarga allahyarham Mat London.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sheikh muhammad
18 hours ago

(FOTO) "Sheikh Muhammad Nama Diberi.." - Dr Sheikh Muszaphar Dedah Wajah Cahaya Mata Ke-7 Bersama Dr Halina

The post Komplikasi Pelbagai Penyakit, Mat London Meninggal Dunia Pagi Tadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments