Pelakon jelita, Emma Maembong berkata dia bersyukur kakaknya, Shikin bakal bernikah dengan penyanyi, Cat Farish tidak lama lagi.
Dia bagaimanapun tiada tips mahu pun nasihat untuk diberikan kepada bakal mempelai tersebut tetapi hanya berdoa agar perkahwinan mereka itu yang terakhir.
Tambahnya, Shikin nampak lebih ceria apabila bersama dengan Cat meskipun banyak berdepan dengan ujian dalam hidupnya sebelum ini.
Kegembiraan itu juga bukan hanya terlihat pada Shikin dan Cat namun kata Emma anak-anak mereka berdua juga turut nampak bahagia meluangkan masa bersama.
Masing-masing merupakan perkahwinan ketiga, saya tidak boleh bagi tips atau nasihat kepada mereka sebab saya tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Yang pasti, saya berdoa ini yang terakhir untuk mereka.”
View this post on Instagram
Emma berkata dia rasa yakin bahawa kakaknya itu benar-benar bahagia kerana Shikin sering melakukan ‘benda gila’ bersama Cat berdua.
Kali ini dia betul-betul gembira yang saya sendiri tak pernah lihat dia gembira sebegini.”
Cat dan Shikin bakal berkahwin namun setakat ini tarikh, lokasi dan maklumat lain berkenaan hari bahagia mereka tidak didedahkan oleh pasangan itu lagi.
The post Emma Maembong Doakan Perkahwinan Shikin & Cat Farish Yang Terakhir – “Masing-Masing Dah Kali Ketiga” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments