Komposer dan penyanyi rap Altimet menganggap perbuatan ahli parti Perikatan Nasional (PN) yang menyanyikan lagu Hoi Hoi Ya Hoi ditujukan kepadanya ketika hari penamaan calon tempoh hari adalah satu ‘banter’ politik normal dan dia tidak pernah menganggap ia sebagai satu sindiran atau membawa maksud sinis.
Sebaliknya, Altimet menganggap lagu tersebut sebagai lagu rakyat dan boleh didendangkan oleh semua parti politik.
View this post on Instagram
Kita kena tengok sesuatu dan rasa bersyukur sebab berapa banyak lagu dilupakan. Ini bukti apabila mereka menyanyi, lagu ini masih relevan dan malar segar.
Macam lagu balik kampung, orang tak balik kampung pun menyanyi lagu itu, saya anggap lagu Hoi Hoi Ya Hoi milik rakyat.
Setelah Kerajaan Perpaduan dibentuk, netizen mula menyerang dan mengkritik Altimet yang menyindir seolah-olah lagu tersebut telah ‘memakan tuan’ kerana tindakan gabungan parti politik oleh kerajaan.
Altimet back up badrol bakhtiar, tapi badrol bakhtiar menganjing altimet. Sesuai la itu duduk dalam PN pic.twitter.com/RmndiNYOMN
— ??? (@braindrainbb) July 31, 2023
Altimet yang bakal bertanding dalam DUN N20 Lembah Jaya mewakili parti Pakatan Harapan itu sebelum ini telah menciptakan lagu berjudul Aduh Malaysia di mana dia ada mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun dan disiulkan oleh penyokong Pakatan Harapan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.
Sekadar info, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman telah memenangi jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Ampang menewaskan pelakon Datuk Hans Isaac pada Julai tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Buat Lagu Pun Makan Diri” – Lagu Hoi Hoi Ya Hoi Dinyanyikan Parti Lain, Altimet Tak Terasa Disindir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments