#Hiburan: Kes Tumbuk Isteri, Peguam Hafidz Roshdi Mohon Kaji Balik & Semak Semula Pertuduhan

Peguam bela mewakili pelakon Hafidz Roshdi dalam kes keganasan terhadap isteri memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada 13 Mac lalu.

Hafidz Roshdi sebelum ini didakwa telah mendatangkan kecederaan terhadap isteri, Nurul Shuhada dengan menumbuk beberapa kali di bahagian muka wanita itu.

Advertisement
Hafidz RoshdiSumber : Kosmo Online  

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu bahawa dia telah menerima dokumen daripada pihak Pendakwa Raya berkaitan kes tersebut, semalam.

Selepas menerima dokumen hari ini, pihak kami akan meneliti segala fakta kes dan akan mengemukakan representasi bagi memohon pihak pendakwaan mengkaji semula pertuduhan terhadap Hafidz.

Ini termasuk arahan terhadap anak guam saya terhadap kenyataan yang terdapat dalam dokumen untuk membuat semakan semula bagi mendapat rumusan yang adil sebelum dibicarakan.

Manakala bagi Hafidz, dia berasa puas hati dengan proses mahkamah dan mahu kembali fokus terhadap kerjaya lakonan selain menumpukan perhatian kepada kesihatannya.

Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.

Jika disabitkan kesalahan, Hafidz boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau dendan RM2,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Afiq muiz pachara
2 hours ago

Tiada Nafkah Idah, Mutaah Dan Hutang Isteri, Afiq Muiz Dan Pachara Sah Bercerai Talak Satu

The post Kes Tumbuk Isteri, Peguam Hafidz Roshdi Mohon Kaji Balik & Semak Semula Pertuduhan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments