Tetiba sahaja nama anak tiri kepada penyanyi Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isteri, Tya Arifin ‘dipetik’ netizen di media sosial Twitter.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik seorang individu ini, dia mendakwa Asyraf dan Tya adalah satu pasangan suami isteri yang tidak beradab.
Malah, individu itu menuduh kedua-duanya sebagai ‘propa’ dan selalu berlakon alim di media sosial.
Satu couple propa. Semua staff hotel Malaysia tau perangai diorang ni macam mana. Kat sosmed acah-acah baik, alim. Dengan staff hotel rude nak mati. Bini sama, laki pun sama. CTDK ok je, friendly lagi, Mamat ni dengan bini dia over pulak.
Dihubungi Gempak, Asyraf menjelaskan bahawa dia dan isteri sedaya upaya menjaga hati semua orang yang ditemuinya.
Kalau setahu saya, saya cuba lah sedaya upaya untuk hormat semua orang. Tapi kalau secara tak sengaja tak tau lah.
Berikutan kontroversi itu, Asyraf memohon maaf jika dia dan Tya ada mengguris hati sesiapa tanpa disedari.
No hate to Tya and Ashraf jiwa but please be real and pick another narrative.
We been knew dan kami kenal taw Dato K, Dato Sri Siti Nurhaliza and Tengku Zawyah ni.
Susah apanyaaaaaaaaaa! Penat la nak kena fikir hari ahad camni. Patut kami rest je. pic.twitter.com/8834gdOVxr
— Januar Haikal (@Januarhaikal) July 2, 2023
Terdahulu, seorang pengguna Twitter telah mengundang perdebatan netizen gara-gara sebuah video memaparkan kepayahan pasangan itu yang dikatakan pernah hidup susah sebelum berjaya seperti hari ini.
Kata individu itu, pasangan tersebut tidak ‘layak’ berkata tentang soal kepayahan gara-gara dilahirkan dalam keluarga yang popular dan dikenali ramai.
The post “Satu ‘Couple’ Propa, CTDK ‘Friendly’ Je” – Dituduh Acah Alim Dan Biadab, Asyraf Khalid Jawab Tuduhan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments