Pensohor media sosial, Elcah yang terpalit isu bercerai hanya setelah lapan hari bernikah memaklumkan dia sudah sah bergelar janda di Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Elcah meluahkan rasa syukur kerana proses perpisahan itu dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Saya Elcah dengan ini telah diceraikan dengan talak satu di hadapan hakim yang mana proses yang mengambil masa hanya beberapa ketika sahja.
Dia juga enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar mereka berpisah kerana ingin membina hidup yang baharu.
Kepada yang bertanya sebab atau kenapa. Cukuplah sampai di sini saja yang perlu anda semua tahu. Cukuplah segala macam kata-kata yang dilemparkan kepada saya yang segalanya fitnah semata.
Dia dalam pada itu sempat memberikan pesanan kepada bekas suami iaitu mendoakan agar rumah tangga yang akan dibina lelaki itu bahagia dan berkekalan hingga syurga.
Dan pihak sana tolong jangan keruhkan kebahagiaan keadaan lagi dengan status provokasi dan sebagainya, biarlah saya hidup dengan tenang.
Semoga kehidupan awak pun bahagia. Semoga mahligai yang awak bina pun bahagia.
Terdahulu, Elcah mengumumkan bahawa dia diceraikan setelah lapan hari mendirikan rumah tangga.
The post “Kita Bukan Janda Menempel Duit Jantan” – ‘Influencer’ Kahwin 8 Hari Sah Bercerai Talak Satu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments