Pelakon Miera Leyana akhirnya tampil membuat kenyataan berkenaan isu rumah tangga yang menimpa suaminya, Rosland Othman.
Kata Miera, terdapat dua cerita di sebalik satu kisah dan kontroversi yang timbul selain memohon ‘individu’ berkenaan untuk tidak terlalu ghairah mengejar glamor dan populariti.
View this post on Instagram
Perkara tersebut diuar-uarkan Miera menerusi satu hantaran Instagram Story miliknya, semalam.
Sentiasa akan ada dua penjelasan di sebalik setiap cerita. Jangan hendak gila glamour (populariti).
Suatu hari nanti anda juga pasti akan mengetahui kebenaran dan berhati-hatilah dengan fitnah akhir zaman.
Semalam, Rosland dan madu Miera, Adibah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi proses Jawatankuasa Pendamai bagi menangani krisis rumah tangga mereka.
Rosland dilaporkan telah memfailkan perceraian namun isteri pertamanya itu enggan dan masih lagi ingin mempertahankan rumah tangga mereka.
Rosland dilaporkan telah menikah kali kedua bersama pelakon Miera Leyana pada Julai 2020 dan telah dikurniakan seorang anak.
The post “Kebenaran Pasti Terbukti, Jangan Nak Gila Glamour” – Miera Leyana first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments