Penyanyi rap dan juga pensohor media sosial, Caprice kembali memberi nasihat dan teguran kepada rakan artis, Ali Puteh berikutan isu perebutan harta antara keluarganya dan balu Allahyarham Abam Bocey.
Kata Caprice di Instagram, sebagai seorang lelaki tidak perlu menguar-uarkan mengenai benda-benda seperti pembayaran bil rumah kelamin milik arwah Abam dan Hidayah.
Ujarnya lagi, Ali Puteh sepatutnya mempermudahkan urusan Hidayah kerana ramai pihak yang terkesan terutamanya si anak yang masih berpesan.
View this post on Instagram
Mangsa yang lebih besar adalah seorang balu yang kehilangan suami, seorang anak yang kehilangan ayah. Permudahkanlah urusan mereka ni.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat dan nasihat Caprice terhadap Ali Puteh.
Terdahulu, balu Abam Bocey mendakwa rumah arwah suaminya itu tidak terjaga seperti rumah usang.
View this post on Instagram
Enggan mendiamkan diri, Ali tampil membidas dakwaan Hidayah dan menegaskan bahawa dia membayar bil-bil utiliti selain menjaga kebajikan rumah tersebut dengan sehabis baik.
The post (VIDEO) “Kita Ni Jantan, Tak Perlu Nak….” – Isu Berebut Harta, Caprice Kirim Nasihat ‘Padu’ Buat Ali Puteh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments