Baru-baru ini, Puteri Sarah dikhabarkan telah masuk ke hospital akibat terlalu penat setelah melanjutkan percutian dari Tanah Suci ke Dubai.
Difahamkan, Puteri Sarah alami batuk dan tidak sedap badan sejak berada di Mekah bulan lalu.
Setelah sembuh, pelakon terbabit tidak membuang masa dan lanjutkan penggambaran untuk drama terbaru seperti biasa.
Terbaharu, isteri kepada Syamsul Yusof itu ada memuat naik satu video di TikToknya sedang bermain filter soalan adakah ‘si dia rindukan saya’ dan ramalan tersebut mengatakan si dia memang rindu dan selalu berfikir tentangnya.
Setelah membaca jawapan tersebut, pelakon wanita itu yang pada mula senyum terus berubah menjadi menyampah kerana tidak suka dengan jawapan tersebut.
Kebanyakkan netizen yang melihat video tersebut terhibur dengan reaksi Puteri Sarah dan ada juga mendoakan agar ibu kepada dua orang cahaya mata itu sentiasa bahagia serta tabah hadapi semua ujian dalam hidup.
The post “Si ‘Dia’ Masih Rindu Dan Terfikirkan Awak” – Reaksi Puteri Sarah Dari Senyum Jadi Menyampah Raih Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments