Pelakon, Zara Zya akhirnya mengakui bahawa dia ada mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya selepas ditegur oleh netizen yang mengatakan terdapat perubahan pada wajahnya sejak akhir-akhir ini.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata perubahan hormon dan faktor usia menyebabkan dia mengambil suntikan tersebut.
Jelasnya lagi, dia turut mendapat tajaan daripada beberapa klinik estetik untuk melakukan suntikan mencantikkan wajahnya.
Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang taja saya buat rawatan muka. Lagipun saya dah makin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sikit.
Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu menjelaskan bahawa suntikan yang diambilnya hanya vitamin untuk menghilangkan cela pada wajah.
Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah.
Menurut Zara, sebagai seorang selebriti dia perlu menjaga penampilannya secara keseluruhan dan tidak kisah dengan komen negatif netizen memandangkan perkara itu sudah menjadi rutin bagi selebriti.
Saya tak kisah dan terpulang, lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat. Selagi perkara itu baik untuk diri saya, saya tak kisah apa orang nak cakap.
@melodiberapi Sebagai selebriti of course kena jaga dari head to toe, salah satu rutin untuk selebriti la – Zara Zya #meloditv3 #zarazya #kontroversi #fyp? #ceritaartismalaysia
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Bila Ada Peluang, Apa Salahnya?” – Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments