Bekas suami kepada pelakon Nad Zainal, Faliq Amiruddin mendedahkan bahawa dia sering diganggu wanita-wanita yang ingin berkenalan dengan dirinya setelah bergelar duda anak dua.
Perkara tersebut dimaklumkan Faliq menerusi beberapa hantaran berupa tangkap layar perbualan beberapa individu itu di Instagram Story.
Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan meluahkan hasrat untuk berkawan dengan dirinya namun ditolak Faliq.
Malah, ada yang cuba memberikan hadiah kepada lelaki itu namun tetap ditolak bapa kepada dua orang anak itu.
Faliq juga meninggalkan nota bahawa dirinya bukanlah seorang ‘sundal’ atau lelaki murahan.
Sekadar info, Nad Zainal pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua orang anak. Namun mereka berdua mengambil keputusan untuk bercerai tidak lama kemudian.
Nad kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua bersama pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.
The post “Saya Bukan Sundal” – Bekas Suami Nad Zainal Tertekan, Rimas Digoda Wanita Miang Di IG first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments