Nama pelakon wanita baru iaitu Sophia AlBarakbah teruk dikecam netizen kerana isu ‘panas’ dirinya mengakui suka kepada suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.
Oleh kerana terikut-ikut dengan perasaan marah, banyak netizen melemparkan kata-kata kesat terhadap pelakon tersebut.
Susulan hal itu, pelakon Azhar Sulaiman tampil menyuarakan pandangannya dengan berkata netizen sudah melampui batas apabila melabel Sophia sebagai seorang ‘pelacur’ kerana menganggu rumah tanggan orang lain.
View this post on Instagram
Kita tak tahu perkara yang sebenarnya. Perempuan cantik memang selalu kena fitnah macam dalam drama.
Azhar yang turut dikenali sebagai Mami itu dalam pada masa sama mempertahankan Sophia, malah tidak keberatan untuk berlakon bersama di masa hadapan.
Namun begitu, pelakon veteran tersebut berkata berlakon bersama itu hanyalah sekadar gurauan, intipati sebenarnya adalah ingin memberitahu bahawa dirinya berpihak di sebelah heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Sekadar info, Bella membuat pendedahan kepada pihak media terdapat seorang pelakon wanita yang juga merupakan heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah mengaku ‘tersuka’ suaminya, Aliff Aziz di set penggambaran drama arahan Osman Ali itu.
The post “Kita Tak Tahu Perkara Sebenar, Perempuan Cantik Memang Selalu Kena Fitnah” – Azhar Sulaiman ‘Back-Up’ Sophia AlBarakbah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments