#Hiburan: “Datang Hari Kami Kerja, Pastu Nak Kata Kami Tak Layan?” – Ali Kata Hidayah & Peguam Datang Mengejut

Berikutan video yang dimuat naik oleh kedua-dua pihak, isu membabitkan Ali Puteh dan balu Abam, Hidayah Ali menjadi bualan hangat di media sosial.

Terdahulu, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila rumah milik arwah suaminya itu tidak dijaga dengan baik dan ketika dia hadir bersama peguam tiada seorang pun ahli keluarga yang melayani mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, Ali pula mendakwa terjumpa beberapa barang mempunyai unsur sihir di keliling rumah terbabit selepas Hidayah pulang.

1 hari lalu

Perawat Islam Teliti Video Ali Puteh, Siap Bagi 'Pesanan' - "Tiada Unsur Sihir Seperti Didakwa Tapi Duit Jangan Lupa Bayar"

Ketika ditanya tentang kunci rumah Abam tidak diberikan kepada Hidayah walaupun sudah diminta, Ali berkata dia tidak menyerahkannya kerana rumah tersebut masih dalam kes tuntuan faraid.

Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arwah dan ia masih belum selesai.”

 

Adik duduk sementara di rumah

Dalam pada itu, dia turut menafikan rumah berkenaan terbiar sebaliknya ia dijaga oleh adiknya yang tinggal sementara di kediaman berkenaan.

Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan memburukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arwah Abam meninggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?”

 

Semua keluar bekerja

Jelas Ali lagi, kedatangan Hidayah dan peguam adalah secara mengejut di mana dia tidak dimaklumkankan tentang perkara itu.

Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mendakwa kami tidak melayannya? Sedangkan rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu.”

The post “Datang Hari Kami Kerja, Pastu Nak Kata Kami Tak Layan?” – Ali Kata Hidayah & Peguam Datang Mengejut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments