#Hiburan: “Saya Akan Bayar Dengan Duit Saya Sendiri” – Ali Puteh Akan Bayar RM60,000 Kepada Hidayah Secara Ansuran

Isu antara pelawak, Ali Puteh dan balu arwah Abam iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali tiba-tiba menjadi hangat kembali.

Seperti yang diketahui, Ali masih belum melunaskan wang sebanyak RM60,000 kepada Hidayah yang ditetapkan mahkamah gara-gara mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lepas.

Advertisement

Terbaru, Ali memaklumkan bahawa dia akan membayar wang tersebut secara ansuran dan proses pembayaran masih dalam perbincangan membabitkan peguam masing-masing.

Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu arwah dengan duit saya sendiri.

Jelas Ali lagi, peguamnya sudah pun menghantar surat berkenaan perkara itu kepada peguam Hidayah namun pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran.

Terdahulu, menerusi Instgaram Hidayah telah meminta Ali untuk mempercepatkan bayaran RM60,000 tersebut seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

22 jam lalu

Hidayah Persoal Ali Puteh Kenapa Padam Video Kalau Ia Benar - "Ada Pulak Orang Dekat Rumah Ye Huhu"

The post “Saya Akan Bayar Dengan Duit Saya Sendiri” – Ali Puteh Akan Bayar RM60,000 Kepada Hidayah Secara Ansuran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments