Akhirnya, wanita yang dikaitkan dengan kisah rumah tangga Hafidz Roshdi, Athira Yuhada akhirnya tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada isteri pelakon itu dan anak-anak di atas keterlanjurannya sebelum ini.
Perkara itu diuar-uarkan Athira di satu hantaran Instagram Story di mana dia turut mendedahkan bahawa pelakon itu cuba menghubunginya sejak sembilan tahun yang lalu.
Katanya lagi, dia sudah sedaya upaya menjauhkan diri daripada pelakon tersebut namun akhirnya tewas kerana keadaan Hafidz yang dikatakan mengalami masalah kesihatan mental selain ingin memberikan sokongan terhadapnya.
Saya Athira Yuhada, saya memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar dengan kata maaf yang paling ikhlas. Apa yang saya lakukan adalah sangat mementingkan diri sendiri.
Sepanjang tempoh sembilan thaun Hafidz cuba menghubungi, saya berkali-kali cuba yang terbaik untuk mengelak.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan bahawa hubungannya bersama Hafidz sudah lama berakhir dan tidak akan berhubungan lagi dengan pelakon itu.
Saya akui saya lemah dan bodoh kerana terjerumus dalam situasi ini. Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar.
Sekadar rekod, Hafidz telah mendirikan rumah tangga bersama Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Humairah,6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.
The post “Saya Minta Maaf..” – Wanita Dedah Hafidz Roshdi Kembali Setelah 9 Tahun, Mengaku Bodoh Ganggu Rumah Tangga Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments