Sedia maklum, kemelut yang berlaku di antara isteri-isteri pengarah, Syamsul Yusof sehingga ke hari ini masih belum selesai dan kelihatan kedua-dua belah pihak masih ‘panas’ dengan antara satu sama lain hingga bawa kes ke mahkamah.
Susulan itu, Syamsul dilaporkan oleh pihak Harian Metro telah memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencelah dalam petisyen perintah injuksi antara isteri pertama, Puteri Sarah dan isteri kedua, Ira Kazar.
Difahamkan, pengarah yang juga seorang pelakon itu mendakwa dinasihati oleh peguamnya supaya mencelah serta dijadikan defendan dalam kes tuntutan yang dibuat oleh Puteri Sarah kepada madunya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, anak kepada Yusof Haslam itu berkata tuntutan yang dibuat oleh isteri pertama itu ada kaitan dengannya dan jika tuntutan itu dibenarkan, ia akan beri kesan kepada perkahwinan serta hubungannya bersama keluarga Ira.
Sekadar info, sebelum ini Ira Kazar serta keluarga dilaporkan perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen kerana mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan untuk mereka pada Julai tahun lalu..
The post Demi Jaga Keharmonian, Syamsul Yusof Mohon Jadi Pencelah Isu Puteri Sarah Dan Ira Kazar Di Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments