Semalam, Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dia telah dibenarkan untuk memulakan prosiding berkaitan hal menghina mahkamah ke atas madunya, Ira Kazar bersama kakak dan bapa, Kazaruddin Saisi.
Perkara tersebut turut diuar-uarkan pelakon jelita itu di laman Instagram sekaligus mencuri perhatian netizen yang tertunggu-tunggu mengenai perjalanan kes mahkamah antara dia dan isteri baru suaminya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah dan berharap agar urusannya dipermudahkan Allah S.W.T.
Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan keberadaan Syamsul Yusof yang seolah-olah membiarkan sahaja isteri-isterinya ‘berperang’ di mahkamah.
Apa perasaan Syamsul eh, bini-bini dia berperang kat mahkamah. Dia as suami tak kan la tak bertindak apa-apa. Suamin kot. Takkan taknak settle hal isteri-isteri dia. Berdiam diri kononnya.
Enggan mendiamkan diri, Puteri Sarah dilihat memberi jawapan ‘pedas’ di atas persoalan peminatnya itu.
Kerana menjadi berani itu sukar.
Aktres itu dilihat turut membalas komen-komen warga maya yang sepertinya sudah lelah dengan episod rumah tangga mereka yang masih tidak selesai sehingga ke hari ini.
Terdahulu, Ira Kazar dan ahli keluarganya dikehendaki menjawab dan memberi tunjuk sebab kepada mahkamah atas dakwaan Puteri Sarah yang mendakwa madunya itu telah menjejaskan kenteteraman dan kedamaian rumah tangganya bersama Syamsul Yusof sebelum ini.
The post Syamsul Yusof Dipersoal Biar Dua Isteri ‘Berperang’ Di Mahkamah, Ini Jawapan ‘Pedas’ Puteri Sarah Liyana first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments