#Hiburan: “Satu Keluarga Yang Akan Sayang Sampai Bila-Bila” – Enggan Putuskan Ukhwah, Zarina Anjoulie & Elzey Berbaik

Sejak mengambil keputusan untuk mengakhirkan hubungan pertunangan mereka, Zarina Anjoulie dan bekas tunang, Datuk Seri Elzey sering kali dilihat berbalah di media sosial hingga ke tahap ‘membuka’ aib sendiri.

Bagaimanapun, difahamkan daripada laporan Kosmo, setelah kedua-dua individu tersebut sudah ‘puas’ membuka aib masing-masing, mereka dikatakan sudah berbaik selepas bertemu.

Advertisement

Zarina Anjoulie atau mesra dikenali sebagai Anju itu akui dirinya lagi memilih untuk berbaik dari memutuskan ukhwah dengan keluarga Elzey.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Ini satu keluarga yang saya akan sayang sampai bila-bila. Saya mahu jaga hubungan sesama keluarga.

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu turut menegaskan bahawa dirinya tidak akan memberi sebarang komen lagi demi menjaga silaturrahim walaupun jika konflik dengan bekas tunang masih terjadi.

Sekadar info, Anju dan Elzey sebelum ini sering berkongsikan momen-momen mereka bermesra di media sosial tetapi setelah dua minggu bertunang, pasangan itu memberitahu secara umum di media sosial mereka telah membuat haluan masing-masing tanpa ada sebarang hubungan mesra.

Zarina anjoulie
6 hari lalu

"Gambar B*gel Bersepah!" - Saling Memaki Di Instagram, Bekas Tunang Dedah Perangai Toksik Zarina Anjoulie Pula

The post “Satu Keluarga Yang Akan Sayang Sampai Bila-Bila” – Enggan Putuskan Ukhwah, Zarina Anjoulie & Elzey Berbaik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments