#Hiburan: “Bila Pi Shopping Mata Duk Pandang Fesyen Yang Dah Tak Boleh Dipakai” – Watie Akui Iman Naik Turun

Terdahulu, tular di laman TikTok mengenai sebuah video memaparkan kekasih hati kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah.

Menerusi video tersebut, Watie dilihat memakai set lengkap baju blazer bersama seluar slack berwarna putih sambil berjalan di sebuah kafe.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah cara usahawan berusia 35 tahun itu berjalan seperti terlalu menegakkan posisi tubuh badan sehingga menonjolkan bahagian punggungnya.

Tampil mengakui kekhilafan, Watie berkata dia sedar dirinya masih banyak kekurangan dan masih perlu banyak memperbaiki diri.

Sedar masih banyak yang perlu ditutupi… But small step are better than none.. Slowly but surely.. Insha Allah.

Dalam pada itu, teman wanita kepada Shuib itu meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan kini sudah setahun melalui proses penghijrahan diri.

Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang-kala iman naik turun.

Bukan itu sahaja, Watie turut mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan untuk memakai hijab dan kekal istiqamah dengan penampilan berhijab.

Kadang-kala bila pergi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh dipakai.

Bagaimanapun, usahawan itu berkata dia akan sentiasa berusaha perlahan-lahan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 hari lalu

"Melentik Sangat, Tak Sakit Pinggang Ke?" - Video TikTok Watie Hanifiah Jadi Perhatian

The post “Bila Pi Shopping Mata Duk Pandang Fesyen Yang Dah Tak Boleh Dipakai” – Watie Akui Iman Naik Turun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments